Thursday, August 29, 2013

Assalamualaikum,

Pertamanya, syukur Alhamdulillah di atas kurniaan kesihatan yang baik dan kesejahteraan daripada Allah kepada kita semua.  Terima kasih kami ucapkan kepada pengguna produk keluaran syarikat kami samada yang baru menggunakannya dan yang kekal setia menyokong produk keluaran syarikat kami sejak dari dahulu lagi.

Kami memohon maaf kerana sudah agak lama kami tidak mengemaskini blog ini disebabkan oleh beberapa masalah yang kami hadapi.

Terima kasih juga kami ucapkan kepada pengguna yang sentiasa prihatin dengan perkembangan syarikat kami, disini kami ingin memberitahu bahawa harga bagi semua produk keluaran syarikat kami telah diubah. Selama beberapa tahun bermula 2007 sehingga awal 2011,kami cuba bertahan dengan harga lama walaupun kami berhadapan dengan kos import material yang meningkat setiap tahun.

Walaubagaimanapun, disebabkan oleh beberapa faktor termasuklah faktor peningkatan kos material yang tidak menunjukkan ianya akan menurun, maka kami membuat keputusan untuk menaikkan sedikit harga produk keluaran syarikat kami kerana pihak syarikat tidak mampu lagi untuk terus menampung kos import yang agak tinggi. Keputusan ini dibuat dengan harapan semoga syarikat ini masih lagi boleh mengeluarkan produk yang bermanfaat kepada pengguna.

Bermula akhir tahun 2011, kami telah menggunapakai harga baharu untuk beberapa jenis produk keluaran kami.
Walaubagimanapun, harga baharu yang diperkenalkan tidak membebankan pengguna.

Sekian sahaja dari kami dan terima kasih.


Ikhlas dari kami;
Vital Force Services &Marketing Sdn Bhd