Wednesday, November 11, 2009

penjagaan kesihatan


PENJAGAAN KESIHATAN

Penjagaan kesihatan adalah proses menjaga kepekaan, kecergasan tubuh badan dan kecerdasan fikiran manusia.Tubuh badan manusia berhenti membesar pada usia antara 25 hingga 30 tahun. Proses penuaan bermula selepas itu.
Makanan tambahan dan ubat-ubatan konvensional membantu menguatkan sistem imunisasi tubuh untuk melawan penyakit. Walau bagaimanapun, terdapat keburukan dalam amalan ini. Pertama sekali, ia tidak merangsang peranan semulajadi sistem pertahanan tubuh badan utuk berfungsi dengan baik. Keadaan ini menyebabkan seseorang itu terpaksa bergantung kepada pengambilan ubatan tersebut untuk sihat. Kedua, ubat-ubatan tertentu mungkin meninggalkan kesan sampingan dan menyebabkan penyakit lain.
Kaedah yang bijak dan efektif untuk melawan penyakit adalah untuk memastikan sistem imunisasi tubuh badan memainkan peranannya. Penawar Homeopati tidak mengandungi dadah dan hanya memerlukan dos yang kecil untuk menstabilkan sistem tubuh badan dan memelihara kesihatan.

No comments:

Post a Comment